KAMI,

WARGA SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PUTERI, SEREMBAN,

DENGAN PENUH TEKAD DAN ILTIZAM,

BERIKRAR DAN BERJANJI

AKAN MENUMPUKAN SELURUH USAHA DAN TENAGA KAMI

UNTUK :

 

(KEPADA MURID)

 

  • Melaksanakan sistem pendidikan yang menyeluruh dan berkualiti berasaskan budaya ilmu bagi memenuhi keperluan individu, masyarakat dan negara;
  • Memberi bimbingan dan perkhidmatan yang bermutu ke arah melahirkan pelajar yang cemerlang;
  • Menghasilkan golongan pelajar yang mengamalkan nilai-nilai positif dan kriteria-kriteria yang sejajar dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan ;
  • Berusaha menangani masalah perilaku pelajar dengan pendekatan penyayang ;
  • Memberi bimbingan dan didikan yang sama rata kepada setiap pelajar tanpa mengira latar belakang agama dan keturunan;
  • Sentiasa mengambil berat tentang prestasi akademik serta pembangunan kerohanian setiap pelajar;
  • Sentiasa mengambil berat dan membantu pelajar dari segi kebajikan dan keselamatan di sekolah;
  • Menyediakan suasana dan persekitaran yang kondusif untuk pengajaran dan pembelajaran.